Jumat, 26 November 2010

Kisah Nabi Syu'aib


NABI SYUIB
Syam (Palestin) sekarang ini. Penduduk negeri ini sudah lama melupakan kepada ajaran Para Nabi dan Rasul yang pernah diutus Allah, Mereka tidak percaya kepada Tuhan yang Maha Esa, malah digantinya Tuhan itu dengan hutan. Hutanlah yang mereka sembah, kepada hutan itulah mereka meminta pertolongan dan berlindung diri. 
Begitu sesat mereka mendapat penyembahan ini, lebih lebih sesat lagi dalam hidup dan penghidupan mereka. Kejahatan yang sangat merata di kalangan mereka, hidup mereka dengan jalan kicuh mengicuh, serta suka memperdayakan temannya sendiri untuk mendapatkan keuntungan.
Kalau mereka menyukat atau menimbang barang, selalu dicari akal agar sukatan atau timbangan itu merugikan pihak lain, menguntungkan pihaknya sendiri. Sebaliknya bila orang lain yang menimbang barang, dengan segala akalnya yang busuk, mereka jadikan agar dapat menguntungkan pihaknya dan merugikan pihak lain pula. 
Dengan jalan demikianlah mereka mendapatkan harta kekayaan, iaitu dengan jalan yang tidak halal, serta cara yang tidak sewajarnya, kehidupannya selalu merugikan pihak lain, begitu pula perjuangan mereka memang ditujukan untuk itu semata mata. 
Kepada mereka itulah Nabi Syuaib diutus Allah, dengan membawa ajaran agama yang benar dari Allah, dikuatkan pula dengan wahyu dan mujizat. 
Syuaib membawa mereka kepada menyembah Allah, menjauhi segala tipu muslihat yang busuk itu, memberi menakutkan mereka dengan ancaman ancaman Tuhan dan neraka. Namun mereka tetap tidak mahu dengar dan percaya. Malah membantah dengan alasan alasan yang mereka buat buat dan menganggap bahawa kehidupan mereka dengan cara yang mereka lakukan itu adalah satu cara penghidupan yang sebaik baiknya, dengan cara mana mereka beroleh kekayaan dan kebahagiaan, kata mereka.



Tuhan yang mereka sembah itu tidak usah dirobah robah lagi, kerana begitulah yang mereka perolehi dari nenek moyang mereka sendiri. Kata mereka kepada Syuaib: Apakah engkau larang kami menuruti ugama yang kami anuti? Di mana letaknya kemerdekaan berugama? Engkau mencegah kami dari mengambil rasuah? Sedang itulah kepandaian yang sudah kami pelajari dan pertahankan ! Apakah engkau menganggap dirimu lebih pintar dan faham dari kami? 
Dengan tidak jemu jemunya Syuaib memujuk mereka dengan secara bijaksana dan halus, dengan harapan mudah mudahan mereka akhirnya mengubah sikap, membenarkan kebenaran yang nyata itu. 
Tetapi mereka tetap tidak menurut, malah mereka anggap bahawa mereka sendirilah yang benar, sedang Nabi Syuaib dianggapnya menimbulkan kekeruhan dan mengacau saja. 
Akhirnya Nabi Syuaib diberinya kata dua, agar ia jangan lagi mengulangi kata kata dan anjuran kepada mereka, kerana mereka sudah merasa bosan mendengar segala kata katanya. Dihinakannya Nabi Syuaib dengan kata kata yang hina dan rendah. Nabi Syuaib adalah seorang yang lemah lagi hina, kata mereka. Keluarganya semua melarat dan miskin, yang tak mempunyai gaya dan kewibawaan sedikit juga, kata mereka. 
Nabi Syuaib tidak berputus asa, malah ia semakin giat dan terus mengajar dan mendidik mereka. 
Sanggupkah engkau menurunkan azab kepada kami? kata mereka mengejek keras. Cubalah engkau turunkan seksa itu sekarang juga kepada kami, sekiranya engkau benar dalam kata katamu itu, kata mereka pula.
Permintaan mereka dengan segera diberi Tuhan. Hawa yang panas terik membakar, sedang mengancam jiwa mereka. Selain kepanasan yang tak terhingga, mereka diserang oleh haus dan dahaga yang bukan kepalang. Seberapa saja air yang mereka minum, namun kehausan dan kedahagaan mereka tidak berkurangan, malah semakin menghebat. Ke mana saja mereka pergi melindungkan diri dari hawa panas itu baik ke bawah pohon kayu yang rendang mahupun ke bawah gedung gedung yang beratap, tetapi tidak mendatangkan faedah sedikitpun. Akhirnya mereka melarikan diri meninggalkan kampung halamannya, menuju ke hutan hutan yang mereka sembah untuk melindungkan diri dari hawa yang panas terik, tetapi itupun tidak membawakan faedah. Panas terik itu dirasakannya di mana mana sekalipun di dalam air atau hutan yang lebat, Mereka lari dari qada dan qadar Tuhan menuju ke qada dan qadar Tuhan yang lain pula.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Powered by Blogger | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards